Wednesday, December 10, 2014

Info Buasir


Buasir atau
 hemoroid adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur.  Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak. Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur atau di kawasan luar. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.




Bengkak itu terjadi disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada sel-sel yang melapisi saluran dubur.  Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka apabila najis keras bergesel dengan buasir.
buasir




Terdapat empat peringkat atau darjah yang menggambarkan keseriusan penyakit tersebut :

Tahap 1

Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.



Tahap 2:

Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur).



Tahap 3:

Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal.



Tahap 4:

Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran.  Buasir akan berada di luar kawasan dubur.



Faktor atau penyebab buasir ialah :
  • Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit.
  • Cirit-birit yang kronik.
  • Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.
  • Mengandung atau bersalin.
Simptom-simptom Penyakit Buasir ialah :
  • Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
  • Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.
  • Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
  • Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
  • Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur. Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.
PPH
Mereka yang mengalami sImptom-simptom berkenaan perlu berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.  Satu per tiga daripada pesakit mampu mengatasi rasa sakit dan juga pendarahan setelah mendapatkan rawatan. Sehingga kini pesakit diberi pilihan rawatan yang sesuai oleh doktor setelah pemeriksaan dilakukan ke atas pesakit.   Rawatan yang diberi berdasarkan tahap penyakit  buasir yang dihidapi.
Biasanya pesakit lambat berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana adanya khabar angin mengatakan rawatannya agak menyakitkan. Pada hari ini, terdapat teknik rawatan yang baru, misalnya Procedure for Prolapsed Haemorrhoids (PPH).
PPH adalah teknik pembedahan yang mamppu mengurangkan kesakitan kerana prosedur rawatannya dilakukan pada kawasan berkenaan dan tidak mengambil masa yang lama, hanya beberapa minit sahaja.
Pesakit yang menerima rawatan PPH mempunyai beberapa kelebihan seperti :
  • Kurang rasa sakit dan gatal-gatal.
  • Tempoh berada di hospital yang singkat.
  • Pesakit boleh kembali melakukan aktiviti harian secara normal selepas beberapa hari menerima rawatan PPH.
  • Kos rawatan juga lebih rendah malah pesakit tidak perlu mengambil pil penahan sakit seperti mana rawatan konvensional.

Sumber maklumat : Wanita,  September 2005

***********************************************************************************************************************

Faktor Penyebab Buasir
# meneran ketika membuang air besar
# duduk terlalu lama di dalam tandas
# cirit-birit yang teruk atau sembelit
# kegemukan
# mengandung
# golongan berumur kerana salur darah semakin lemah

Pencegahan Buasir

* Makan makanan berfiber tinggi.Makan buah-buahan ,sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi untuk memudahkan pembuangan air besar.

* Minum air yang banyak.Minum air 6-8 gelas air setiap hari .Elakkan alkohol.

* Makanan tambahan berasaskan fiber seperti Metamucil dan Citrucel membantu melegakan simptom dan pendarahan buasir .Produk ini melembutkan tinja dan memudahkan ia keluar. Jika anda menggunakan makanan tambahan tersebut ,pastikan anda minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari,jika tidak anda akan mengalami sembelit atau menyebabkan sembelit bertambah teruk.

* Jangan meneran.Meneran dan menahan nafas ketika membuang air besar menyebabkan tekanan yang tinggi pada salur darah dibawah rektum.

* Jangan bertangguh untuk membuang air besar.Jika anda melengah-lengahkannya,tinja akan kering dan susah dikumuh dan seterusnya akan menyebabkan sembelit.

* Bersenam.Bersenam dapat mengurangkan tekanan pada salur darah yang menyebabkan buasir dan ia juga dapat mengurangkan berat badan.

* Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama.Duduk terlalu lama terutamanya di dalam tandas akan meningkatkan tekanan salur darah pada anus.


 herba terbaik untuk buasir kandungannya UNTUK gastro-usus (GI) Gangguan masalah ulser dalam usus , sembelit, cirit-birit, najis berdarah, dubur/vagina terkeluar (prolaps) ATAU rektum, tekanan usus.

herbarawatanbuasir.blogspot.com

016 9800 696


Friday, November 28, 2014

ARTIKEL RAWATAN BUASIR





Boleh juga guna cara yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Baginda bersabda, untuk sesiapa yang menghadapi penyakit Buasir, maka sapukan Minyak Zaitun/ Olive Oil bersama Inai dipermukaanbuasir itu. Sambil itu amalkan memakan minyak Zaitun. Insyallah sembuh

KAEDAH DIET PEMAKANAN

Pemakanan Sumber Asli
1. Jus Lobak dan bayam - mampu membuang toksid pekat dalam aliran darah. 1-2 pain sehari. 6 oz bayam campur 10oz lobak.

2. Jus Celery - Mengandungi sulfur organik, besi kalsium. Boleh dicampur separuh dengan jus lobak, 2 pain sehari.

3. Batang-batang sayur - Dimasak sup air.

Elakkan dari makan:
Tepung Kanji, gula (roti, kuih manis), lada sulah dan makanan pedas.

Pemakanan Tambahan yang digalakkan
Daily, Protein, Fibre, Bio C, Garlic & Licorice, Passionflower & Chamomile.

Cara Pengambilan:
Daily: 1 tablet (pagi)
Protein: 1 tablet (pagi)
Fibre: 2 tablet (pagi) 4 tablet (tengahari) 2 (malam)
Bio C: 2 tablet (pagi) 2 (tengahari) 2 (malam)
Garlic & Licorice: 1 (pagi) 1 tablet (tengahari) 1 (malam)
Passionflower & Chamomile: 1 (pagi)

Sekiranya buasir terkeluar, ambil air batu di isi dalam baldi dan dibuat duduk diatasnya dalam masa 5 minit buasirnya akan pulih

Sumber
i) Penyembuhan Semulajadi Melalui Pemakanan Sumber Asli dan Pemakanan Tambahan..oleh Mohamed Farid A.Rahman N.D M.I.I.R
ii) Nutrition Almanac oleh Lavon J. Dunn

PETUA KULIT MANGGIS

Jangan buang kulit manggis. Basuh kulit manggis dan jemur hingga kering. Rebuskan dengan 5 cawan air sehingga menjadi 1 cawan. Minum air rebusan tersebut setelah suam. Amalkan selalu.

PETUA RAWATAN DENGAN MANJAKANI


 1. 500g Majakani diblend (kisar kering) buat macam bedak sejuk dan di tampal di bahagian buasir.
2. 500g  lagi masukkan kedalam nasi yg hampir tanak (kira macam kukus majakani) dan makan , sehari satu biji


Punca 

Buasir terjadi kerana kelemahan pada dinding salur darah dan kelemahan pada injap-injap pada salurdarah vena.

Faktor Risiko 

Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir jika anda :- 

v Mempunyai ahli keluarga yang ada buasir
v Mengandung
v Mengalami batuk yang melampau dan berpanjangan 
v Meneran semasa membuang air besar. Ini merupakan sebab paling biasa untuk mendapat 
    buasir.
Tanda-tanda dan Gejala-gejala

v Gumpalan lembut  atau gumpalan-gumpalan  boleh dirasai sekitar bahagian dubur.
v Perasaan gatal atau pedih di sekitar dubur.
v Pendarahan, darah yang segar terutamanya selepas atau semasa membuang air besar.
v Sakit

Rawatan

v Pelali tempatan untuk melegakan sakit buat sementara.
v Pelincir disapu pada kawasan dubur.
v Pengecut salur darah ? ubat-ubat yang mengakibatkan pengecutan salur-salur darah, 
    terutamanya buasir yang telah membengkak.
v Astringen ? menggumpalkan protein pada kulit dan oleh itu menghasilkan satu tisu
    perlindungan di atas tisu-tisu di bawahnya.
v Bagi buasir yang tergelincir keluar (iaitu buasir menjulur keluar dari dubur), rawatan adalah 
    biasanya melalui pembedahan.

Jika Anda Ada Buasir

v Gunakan ubat yang disyorkan oleh doktor anda.
v Jika anda ada buasir dalaman, gunakan suppositori.
v Elakkan sembelit dengan mengambil makanan yang kaya dalam serat seperti sayur-
    sayuran 
v dan buah-buahan.
v Minum banyak air.
v Gunakan laksatif yang sederhana, apabila dinasihat oleh doktor anda.
v Bersenam selalu untuk mengelak dari terjadinya sembelit.
Kebersihan Peribadi

v Bersihkan kawasan dubur selepas membuang air besar.
v Cuci dengan memancurkan air suam.
v Jangan gunakan sabun bagi tujuan pembersihan kerana ia akan menyakitkan membran 
    mukus yang lembut.
v Tolak masuk buasir yang menjulur keluar dengan lembutnya ke dalam rektum.
v Ambil mandian sitz? (yang melegakan ketidakselesaan dan kesakitan) menggunakan air 
    garam (saline).

Bila Harus Berjumpa Dengan Doktor

v Jika anda mengalami buasir melebihi 3 bulan.
v Pendarahan yang teruk dan berterusan.
v Sakit yang teruk dan tajam  semasa membuang air besar (boleh menunjukkan kehadiran 
    kekoyakkkan atau fisur dubur)
Buasir yang menjulur keluar dan tidak boleh ditolak masuk.
v Pelelehan najis atau lendir

PENCEGAHAN 

Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut: 

Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum. 

Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda. 

Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan. 

Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut. 

Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan