TANDA-TANDA BUASIR

Ciri-ciri penyakit buasir





Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur. Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit. Selain daripada bengkak yang amat ketara ketika mengalami buasir, tanda-tanda lain termasuklah rasa gatal pada lubang dubur, rasa kepanasan pada kawasan dubur selepas membuang air besar, rasa sakit yang berdenyut-denyut, sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung. Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.


No comments:

Post a Comment